Berkenan menerima mengadap





Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi  / Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke NBD yang baharu. 


Seramai empat Ketua-ketua Perwakilan NBD ke negara sahabat yang mengadap Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berlangsung di Qashr Al-Meezan iaitu Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Belgium, Tuan Yang Terutama Mohammad Shafiee bin Haji Kassim; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Haji Khairur Rizal bin Haji Abdul Majid dan Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Australia, Puan Yang Terutama Dayangku Nooraslena binti Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin.


Sementara itu, lima lagi Ketua-ketua Perwakilan negara sahabat ke NBD terdiri daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Qatar ke NBD, Tuan Yang Terutama Abdulla Hamad A.A. Al-Marri; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke NBD, Tuan Yang Terutama Saleh A.M. Alshiha; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke NBD, Tuan Yang Terutama Akrapong Chalermnon; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke NBD, Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke NBD, Tuan Yang Terutama Nawaf Fahad Alsaied.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baharu dan juga menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke NBD di Istana Nurul Iman berlangsung pada 12 Mei 2026 lalu.


Juga hadir, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.


06 (4).jpg


07 (3).jpg


08 (3).jpg


09 (2).jpg


10 (2).jpg




Close